SEJARAH PEMBUKAAN- KELAS


SEJARAH PEMBUKAAN

“KELAS CAHAYA INSPIRASIKU”(PPKI/BP
B
ermula dengan kesedaran En Ismail Bin Bakar (Guru Besar) untuk mendapatkan pendidikan yang sepatutnya kepada kanak-kanak yang tercicir dalam pembelajaran, maka SK Tuanku Abdul Rahman telah membuka satu Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Kelas ini bermula pada 1 Januari 2001. Kini pentadbiran sekolah dibawah pengurusan yang baru iaitu En Kamarudin Bin Ismail. Sebelum ini murid-murid  adalah di bawah bimbingan Pn Norahmah Bt Hanafi. Dimana beliau memegang jawatan sebagai penyelaras PPKI selama tujuh tahun,selepas itu pengurusan PPKI telah diambil alih oleh Pn Anisah Bt Abdullah selama dua tahun yang berakhir pada bulan Febuari 2010, dan kini Pn Nurulakmar Bt Md Nor mengambil alih tanggungjawab berkenaan.  
J
 umlah murid pada masa itu, hanya 6 orang sahaja dan bilangan guru yang mengajar pendidikan khas pada masa itu hanya dua orang.  Kelas Bermasalah Pelajaran (PPKI/BP) ini telah diberi nama “Kelas Cahaya Inspirasiku”. Perkataan Cahaya di sini bermaksud satu aspek yang sangat penting pada kehidupan manusia,di mana ia menjadi satu sumber berharga,sama pentingnya seperti anak- anak istimewa, mereka dianggap pemberi cahaya yang tidak ada galang gantinya. Inspirasiku ku lebih sinonim dan sesuai untuk guru- guru PPKI, yang mengajar dan mendidik muri-murid ini, ia juga merupakan ilham kepada guru- guru di dalam mendidik anak- anak istimewa . Hari  ini Kelas Cahaya Inspirasiku telah dibahagikan kepada kelas-kelas  yang cukup indah namanya dimata pentadbiran sekolah dengan murid yang semakin bertambah.Kelas-kelas ini telah diberikan nama Ceria, Cekal dan Cermat yang melambangkan kesungguhan murid- murid ini.